MISI BANTUAN KEMANUSIAN MARAWI
Salam Ramadhan,
Di dalam usaha HaRUM bergerak demi menjalankan misi kemanusian untuk Ramadhan pada tahun ini, masih ada lagi bantuan yang tidak kesampaian.
Dikala kita sedang sibuk beribadah diakhir ramadhan disamping kesibukan membuat persiapan untuk syawal yang bakal tiba, tetapi lain pula berlaku pada saudara kita diselatan Filipina, dimana hampir 200,000 umat islam di Merawi kini hilang tempat tinggal dan berada di kem kem pelarian apabila tentera Filipina melancarkan serangan udara dan artileri terhadap kumpulan pemberontak di selatan Filipina.
Serangan yang dilancarkan menyebabkan penduduk tempatan terpaksa berlindung di sekolah, khemah dan keluarga masing-masing yg menyebabkan mereka semua hidup dalam serba kekurangan pada masa ini. Menyedihkan kami lagi, ia berlaku pada 10 ramadhan yang terakhir ini, dan syawal pula bakal tiba tidak lama lagi.
Maka di atas prinsip kemanusiaan, kedamaian dan kasih sayang, HaRUM menyeru semua pihak, baik dalam kalangan para pemimpin negara dan NGO-NGO khususnya di Nusantara agar dapat bersama membantu umat Islam disana. HaRUM menolak pendekatan peperangan yang telah dilakukan, perlaksanaan undang-undang tentera yang mana bukan sahaja memberikan kesan negatif dalaman, tetapi juga kepada kawasan di sekitar Nusantara.
Sesungguhnya kita semua bersaudara, atas prinsip persaudaraan dan kebersamaan di atas konflik-konflik yang berlaku, kepada mereka yang ditindas dan tertindas;
HaRUM akan melancarkan Tabung Kilat untuk Marawi dan dalam masa terdekat ini, team HaRUM akan ke lokasi untuk melihat keadaan disana dan memberikan apa sahaja bantuan. HaRUM mengharapkan sumbangan dari anda semua untuk Misi Kemanusian di Marawi.
Sebarang sumbangan boleh disumbang ke dalam akaun HaRUM seperti yang dibawah
5624 7814 6397 (Maybank) Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara
Moga Allah melindungi wilayah Nusantara ini daripada mengalirnya air mata tangisan dan darah anak-anak yang tidak berdosa.
#prayforMarawi
#BantuanKemanusianMarawi
#HaRUMPrihatin