PERHIMPUNAN AGUNG UNPO ke-13
24 Jun 2017
HaRUM, satu-satunya wakil NGO dari Malaysia yang telah dijemput khas oleh Unrepresented Nations and People Organization (UNPO) untuk menghadiri Perhimpunan Agung UNPO yang ke 13 iaitu pada 26- 28 Jun 2017 di Edinburgh, Scotland. Seramai Tujuh (7) orang wakil daripada HaRUM telah menyertai perhimpunan ini.
Di jangkakan seramai 55 wakil minoriti daripada beberapa wilayah negara akan menghadiri Perhimpunan ini yang diadakan pada setiap Dua (2) tahun. Objektif perhimpunan kali ini adalah untuk mendengar dan membincangkan setiap perkembangan minoriti-minoriti di wilayah masing-masing didalam menuntut hak-hak mereka.
Dikesempatan ini, HaRUM akan menjadi pemerhati pada setiap perbentangan daripada setiap wakil minoriti sebagai panduan dan menimba pengalaman bagi meneruskan kesinambungan usaha HaRUM dalam misi kemanusian di peringkat antarabangsa.
Nantikan lintas langsung daripada President HaRUM, Tuan Sayed Khairul Mizan di setiap lokasi perhimpunan yang akan diadakan seperti berikut:
1- Scottish Parliament
2- Edinburgh Training and Conference
3- Debating Hall of Teviot Row House.
Sekian,
HaRUM