MISI KEMANUSIAAN MANGSA KEBAKARAN DI LAHAD DATU, SABAH.
Salam Kasih sayang 🌹
Pada hari ini (Isnin) bersamaan 09 Julai 2018 sekitar jam 4:00 Petang, Sukarelawan HaRUM Sabah telah menghantar sumbangan seperti air mineral sebanyak 50 kotak dan pakaian terpakai. Sumbangan kilat ini diberikan kepada mangsa yang terlibat agar dapat meringan beban mereka lagi.
Setakat ini, mangsa-mangsa yang terlibat menumpang dirumah jiran-jiran sekampung dan keluarga mereka sebagai tempat berteduh sementara.
Jumlah rumah yang terlibat dalam kebakaran yang bertempat di Kg. Simunul Sharip atau Pulau Sharip, Lahad Datu adalah sebanyak 39 buah rumah. Kebakaran ini berlaku sekitar jam 1.20 pagi bersamaan hari isnin (09 Julai 2018). Di Laporkan juga, tiada kemalangan jiwa berlaku.
Sumbangan anda masih diperlukan. Oleh itu, kami dari HaRUM Sabah mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama membantu mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat meringankan lagi beban mereka.
GAMBAR KEBAKARAN DI LOKASI: