Program Terapi Ketenangan Percuma bersama Golongan Asnaf Anjuran HaRUM bersama IM Therapy Centre
HAMPIR 100 PESERTA MENJALANI PROGRAM TERAPI KETENANGAN PERCUMA BERSAMA GOLONGAN ASNAF ANJURAN HaRUM DAN IMTC
Bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang hampir 100 org peserta telah mendaftarkan diri bagi mendapatkan khidmat Terapi Ketenangan secara percuma dari IM Therapy Centre. Majoriti peserta terdiri dari golongan asnaf dan penduduk kawasan sekitar, dimana 80% terdiri dari kaum melayu, dan 20% lagi terdiri daripada kaum Cina, India termasuk pengunjung yang berasal dari luar negara (UK, India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan). Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meraikan golongan asnaf disamping mengajak masyarakat setempat untuk bersama menggembirakan mereka.
Syukur alhamdulillah dari temubual dan borang ‘feedback’ yang kami terima dari peserta yang menerima khidmat terapi ini, rata-rata memberikan respon dan komen yang sangat positif dan menggembirakan. Ada juga dikalangan mereka yang berminat mengadakan temujanji bagi menjalani terapi susulan selepas ini di pusat terapi IMTC. Dan mereka mengharapkan program seperti ini akan dianjurkan lagi selepas ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada team dan sukarelawan HaRUM, pihak IM Therapy Centre dan tidak lupa juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dalam membantu menjayakan program ini. Moga usaha ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka.