skip to Main Content
Kebersamaan Dalam Menjayakan Medical And Awareness Dental Camp 2018.

Kebersamaan Dalam Menjayakan Medical and Awareness Dental Camp 2018.

Pada 7 & 8 April 2018,  HaRUM dengan kerjasama MediCOM, Kelab Belia Tinagayan (KeBAT) dan disokong oleh Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) telah menjalankan program Medical & Dental Awareness Camp di Pulau Omadal dan Pulau Bohey Boal, Semporna.

 

 

 

Selain memberikan bantuan rawatan, pakaian dan makanan, program ini juga membawa objektif sebagai satu medium untuk para aktivis dan sukarelawan mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam khidmat komuniti antara satu sama lain.

Kumpulan yang disasarkan adalah komuniti dari suku kaum Bajau Laut (lebih dikenali sebagai Palau’h). Program kali ini adalah khusus untuk golongan Bajau Laut kerana mereka adalah golongan tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan pergigian di klinik dan hospital. Mereka juga tidak mampu untuk mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana klinik dan hospital kerana tiada punca pendapatan untuk menampung kos rawatan.

Atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang, pihak HaRUM telah terpanggil bersama pihak MediCOM dan KeBAT menjalankan misi salaman dalam memberikan rawatan kesihatan termasuk gigi, memeriksa tekanan darah, mengukur tinggi dan berat serta memberikan ubat-ubatan secara percuma kepada komuniti Bajau Laut di Pulau Omadal. Pihak MediCOM juga mengadakan kempen kesedaran kebersihan diri dengan mengajar tatacara menggosok gigi, mencuci tangan, mencuci kepala serta penggunaan sabun badan yang betul. Di samping itu, pihak HaRUM juga telah memberikan bantuan pakaian selesai program gotong-royong.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada keesokan hari, pihak HaRUM, MediCOM dan KeBAT ke Bohey Boal untuk pengagihan bantuan pakaian dan makanan dari rumah ke rumah yang dianggarkan terdapat 50 buah dan 80 lebih keluarga yang juga terdiri dari suku kaum Bajau Laut. Bohey Boal adalah sebuah perkampungan Bajau Laut berhampiran Pulau Bohey Dulang yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

InshaAllah, program Medical and Dental Awareness Camp ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan pada hujung tahun ini, sekali lagi HaRUM bersama KeBAT dan MediCOM Malaysia akan mengadakan rawatan susulan pergigian di Pulau Omadal.

HaRUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para penyumbang dan penaja yang membantu kami semua dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan anda semua diberkati dan dirahmati tuhan.

Back To Top