Projek Bantuan Sekolah
WAJAH KEGEMBIRAAN BUAT ANAK-ANAK
Alhamdulillah HaRUM telah menyampaikan keperluan persiapan persekolahan kepada keluarga Puan Norbaizura.
Kelegaan buat keluarga ini yang mempunyai 5 orang anak yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi. Persiapan pakaian sekolah 5 orang anak nya telah kami salurkan. Buat masa sekarang suami beliau yang baru sahaja pulih daripada kemalangan bekerja sebagai pemandu E-Hailing. Dengan pendapatan yang tidak menentu di waktu pandemik Covid-19 ini pastinya kos persiapan kelengkapan persekolahan 5 orang anak mereka menjadi perkiraan.
Dengan sumbangan yang diterima daripada rakyat Malaysia yang prihatin, HaRUM menyampaikan sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang mereka hadapi. Semoga anak-anak keluarga ini menjadi insan yang memberi manfaat kepada Agama, Negara dan masyarakat pada suatu hari nanti.
Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dan masyarakat Malaysia yang terus memberi sokongan kepada HaRUM.
Kepada yang ingin menyumbang boleh terus salurkan ke:
Maybank
Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara Malaysia 5624-7814-6497