skip to Main Content
Waqaf Pam Air Bangladesh 2025

Waqaf Pam Air Bangladesh 2025

Cox’s Bazar, Bangladesh 2 Januari 2025 – Syukur Alhamdulillah, Team HaRUM telah melawat perkampungan Dell Para, Toin Para, dan Sona Para di Ukhiya, Bangladesh. Lawatan ini bertujuan meninjau projek wakaf pam air hasil sumbangan rakyat Malaysia. Kawasan ini menempatkan 50 keluarga warga tempatan dan pelarian Rohingya yang hidup dalam keadaan serba kekurangan & tanpa akses bagi mendapatkan bantuan.

HaRUM amat berbesar hati atas sokongan luar biasa daripada para pewakaf. Pada mulanya, misi ini hanya menyasarkan pembinaan 15 pam air. Namun, sehingga hari terakhir pengumpulan dana dibuka, HaRUM menerima sumbangan bagi 27 pam air keseluruhan nya. Alhamdulillah, ini memungkinkan bantuan yang lebih luas untuk penduduk di sini bagi keperluan air bersih.
Bersama rakan NGO, Society For Sustainable Development For The Rural & Urban Area (SSURDA), kami diberikan maklumat bahawa keperluan mendesak komuniti ini buat masa sekarang adalah pembinaan tandas yang sempurna & kerusi roda buat kegunaan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kami akan terus memberikan kemaskini berkenaan status pembinaan wakaf pam air ini dari masa ke masa sehingga selesai. Teruskan bersama kami.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pewakaf dan penyumbang atas sokongan anda. Semoga usaha ini menjadi asbab manfaat kepada mereka yang memerlukan.

(Link ke FB)

(Video)

Back To Top