Misi Bantuan Musim Sejuk Bangladesh 2025
Alhamdulillah, malam ini Team Harum telah berangkat ke Cox’s Bazar, Bangladesh, menjalankan misi kemanusiaan untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan musim sejuk di sana.
Bantuan berupa pek makanan, jaket, selimut, wakaf Al-Quran, wakaf pam air, dan pelbagai lagi keperluan asas akan disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Terima kasih kepada rakan NGO SSURDA di Bangladesh yang telah menyediakan keperluan ini untuk memudahkan misi kami di sana.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada para dermawan di Malaysia yang telah bersama-sama menyumbang dan mendoakan kelancaran usaha ini. Anda adalah nadi kepada perjuangan ini!
Doakan perjalanan kami selamat, urusan dipermudahkan, dan setiap bantuan ini memberi manfaat yang besar buat mereka. Nantikan laporan daripada kami sepanjang misi berlangsung dari semasa ke semasa.
Semoga misi ini menjadi asbab kebaikan untuk kita semua, insyaAllah.
