skip to Main Content
400 Asnaf Terima Agihan Daging Korban Dan Keperluan Asas

400 Asnaf Terima Agihan Daging Korban dan Keperluan Asas

Pada 2 Julai 2023 bertempat di Dewan Cemara, Subang Permai telah berlangsungnya majlis bagi meraikan tetamu istimewa dari kalangan asnaf yang hadir dari Ijok, Sentul, Sg Buloh, Paya Jaras, Subang Bestari, Subang Perdana dan Kg Melayu Subang bersempena Aidiladha dan juga meraikan ulangtahun ke-10 penubuhan Kelab Al-Aman yg diketuai oleh Haji Jaafar.

Untuk makluman, Kelab Al Aman merupakan salah satu jaringan yang aktif bekerjasama menjalankan aktiviti bersama NGO HaRUM dan Muafakat Komuniti U5 untuk masyarakat di sini. Pada majlis ini, HaRUM dan Kelab Al Aman sekali lagi berkolaborasi menyediakan senarai penerima sumbangan dan bersama-sama mengagihkan barangan tersebut.

Seawal jam 8 pagi majlis dimulakan dengan gotong royong ibadah korban 7 ekor lembu bersama warga komuniti di Masjid At Taqwa Subang Permai dari awal proses sembelih, melapah sehingga menyediakan bungkusan daging untuk diagihkan. Majlis pengagihan dimulakan dengan selawat ringkas bersama tetamu yang hadir, jamuan makan dan diakhiri dengan pengagihan daging korban dan barangan keperluan asas kepada 400 tetamu yang hadir.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan selesai kira-kira jam 12 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama terutamanya kepada semua penyumbang samada dari segi kewangan, masa dan tenaga. Moga dirahmati dan diredhai Allah.

 

(Link ke FB)

Back To Top