Infaq Iftar
Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung program edaran Infaq Iftar kepada pelajar-pelajar di 3 buah kolej bertempat di UiTM Puncak Alam.
Program bermula dengan membungkus 300 pek makanan yang disediakan oleh restoran My Cofee Shopee milik Bonda Aminah yang seterusnya di edarkan ke kolej-kolej.
Wakil pelajar mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini.
Semoga segala apa yang disumbangkan pada bulan ramadhan yang berkah ini di ganjari & diberkati Allah.