50 Tahun Rukun Negara
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀?
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong IV.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membentuk perpaduan yang kukuh dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Demikianlah, bagaimana dalam situasi yang genting, Yang di-Pertuan Agong telah menyelamatkan negara dengan cara memupuk kembali perpaduan dalam kalangan rakyat. Kini pada 2020, genaplah 50 tahun usia Rukun Negara.
Namun 5 prinsip Rukun Negara ini tidak akan memberi apa-apa makna jika kita hanya sekadar membacanya tanpa menghayati, memahami serta merealisasikan apa yang telah diikrarkan ke dalam kehidupan kita.
Semoga kita semua seluruh rakyat Malaysia berjaya menerapkan semangat asal kesemua prinsip-prinsip Rukun Negara kedalam diri kita serta mendalami apa yang tersurat dan tersirat didalam lipatan sejarah negara agar tanah air yang kita cintai ini terus aman damai dan bahagia.