skip to Main Content
Misi Bantuan Banjir Di Bukit Lanchong

Misi Bantuan Banjir Di Bukit Lanchong

Bertempat di Surau Mutawakkil Billah Shah, Putra Heights sebagai PPS bagi mangsa banjir sekitar kawasan Bukit Lanchong yang menempatkan 250 orang mangsa. PPS ini adalah cetusan idea daripada pihak pengurusan surau serta orang ramai yang sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

HaRUM telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan, makanan ringan, air mineral, alatan kelengkapan ibadah & kelengkapan tidur yang kesemuanya disumbangkan hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan situasi terkini. Mereka amat bersyukur & berterima kasih serta mendoakan kebaikan buat seluruh penyumbang.

HaRUM bersama penduduk tempatan juga berkesempatan meninjau keadaan di Bukit Lanchong dan apa yang kami dapati kebanyakan rumah rosak teruk & mengalami kemusnahan harta benda yang amat menyedihkan. Pada fasa Pasca Bencana ini, sumbangan yang paling diperlukan adalah sumbangan tenaga kerja bagi operasi pembersihan yang sangat membantu mempercepatkan proses pemulihan. Ayuh bersama jika termampu sumbangkan tenaga, masa, wang ringgit atau doa sekalipun agar mangsa-mangsa ini terus kekal tabah melalui musibah ini.

 

Back To Top