skip to Main Content
Agihan Pek Makanan Sempena Maulidur Rasul

Agihan Pek Makanan Sempena Maulidur Rasul

Dengan keberkatan Hari Kelahiran Insan Teragung Baginda Rasulullah SAW hari ini, Team HaRUM bersama My Coffee Shoppe bersama-sama menyediakan pek makanan yang diinfaqkan kepada beberapa Rumah Anak Yatim dan Madrasah sekitar Subang U5, Paya Jaras, Kota Damansara dan Kundang.

Program bermula awal pagi dimana proses penyediaan & pembungkusan 500 pek makanan berupa nasi beryani & kari daging disediakan secara gotong royong.

Pada tengahari infaq makanan ini mula diedarkan kepada penerima. Mengambil kegembiraan Hari Kelahiran Baginda SAW, team HaRUM berpeluang mengadakan slot Selawat & Qasidah di salah satu rumah anak yatim iaitu di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Subang U5 yang menempatkan seramai 170 orang anak lelaki & perempuan sekitar umur 2 hingga 8 tahun. Di raut wajah anak-anak syurga ini terpancar sinar kegembiraan dapat berselawat & menjamu selera bersama rakan-rakan lain.

Terima kasih kami ucapkan kepada penginfaq & ahli khidmat yang bersama dalam program ini. Moga Allah memberkati.

Back To Top