Bantuan Kerusi Roda
Sollu Alan Nabiy,
Alhamdulillah berkesempatan ziarah ke rumah Cik Zu di Kampung Melaka Batu 9 Hulu Langat Cheras dan menyampaikan bantuan kerusi roda untuk kegunaan ibunya yang kini tidak mampu bergerak dan berjalan. Moga dipermudahkan segala urusan buat keluarga Cik Zu.
Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang membantu dan meringankan beban penerima bantuan kerusi roda dari HaRUM. Moga Allah membalas dengan kebaikan buat semua.