KEM IMS : JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ANAK MUDA
Salah satu fokus HaRUM adalah melahirkan tenaga dan kepimpinan kalangan anak muda yang miliki ilmu dan kemahiran bagi menyumbang bakti pada komuniti. Dalam masa sama mereka turut dibangunkan kekuatan spiritual, akhlak dan kepimpinan dalam menjayakan aspirasi HaRUM di dalam dan luar negara.
Sejak ditubuhkan pada 2012 HaRUM telah menjalankan pelbagai misi kemanusiaan, pendidikan, ekonomi, jaringan strategik dan sebagainya. Ia tidak hanya tertumpu di peringkat lokal bahkan seluruh Asia Tenggara dan Antarabangsa. Turut menghantar delegasi ke beberapa persidangan sejagat seperti di Jepun, Australia, Korea, Turki, Yaman, Sepanyol, Belanda, Belgium, Scotland dan lainnya.
Sejajar dengan visi dan misi HaRUM, pada 8-9 September lalu HaRUM telah berkolaborasi dengan beberapa pihak menjayakan Kem IMS Kepimpinan Anak Muda di Damai Al Kahfi, Hulu Langat, Selangor.
Seramai 45 peserta terlibat dari pelbagai latar belakang, yang dikenalpasti telah terlibat sebagai sukarelawan dalam komuniti. Justeru Kem ini bertujuan mengukuh jatidiri dengan nilai spitual, akhlak dan menggilap bakat kepimpinan ke tahap lebih tinggi.
Pelbagai modul “indoor” dan “outdoor” dijalankan oleh konsultan berpengalaman. Walaupun hanya 2 hari 1 malam namun tetap memberi impak pada peserta untuk terus memainkan peranan dalam komuniti serta rakan- rakan anak muda lainnya.
Insya Allah Kem ini akan diteruskan untuk semua anak-anak muda lainnya dengan sokongan dan penajaan dana HaRUM sendiri.
Terima kasih diatas sokongan semua.