skip to Main Content
Meraikan Kecintaan Nabi Demi Cinta Nabi

Meraikan Kecintaan Nabi Demi Cinta Nabi

12 Rabiulawal 1442H
Syukur kepada Allah diatas kelancaran program pengagihan makanan kepada golongan asnaf di sekitar Subang sempena Maulidur Rasul. Terima kasih diucapkan kepada team HaRUM dan My Coffee Shop yang membantu dari proses memasak, pembungkusan sehingga pengagihan makanan.
Teramat rugi rasanya jika kami tidak mengambil peluang menumpang keberkatan di hari yang sangat dimuliakan ini..hari kelahiran Insan Yang Teragung! Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW sangat mencintai golongan asnaf dan fakir miskin. Baginda SAW sering berjalan, duduk berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka, bertanya tentang keperluan hidup dan sentiasa membantu mereka. Moga dengan meneladani akhlak Baginda..mencintai dan meraikan mereka yang dikasihinya..menjadi asbab dilimpahkan keatas kita semua cinta Allah dan Rasulullah SAW.
Jutaan terima kasih kami ucapkan pada yang memberikan sumbangan..dan jika ada yang ingin bersama, sumbangan anda kami alu-alukan.
Sollu ‘ala Nabiy Muhammad!
Back To Top