skip to Main Content
MISI DI MARAWI: ILLEGAN CITY

MISI DI MARAWI: ILLEGAN CITY

Setelah seharian perjalanan dari Malaysia, deligasi HaRUM telah selamat sampai ke kawasan operasi misi kemanusian Marawi di Illegan City dimana 30km daripada kawasan Marawi City.

Kedatangan kami telah disambut baik oleh President Minsupala Mr. Gammar A. Hassan dan juga President KP Marawi region bersama dengan pasukan sukarelawan mereka.

Kami diberi taklimat ringkas tentang aliran operasi pengagihan sumbangan kepada mangsa keadaan di Marawi oleh brother Abel. Daripada jumlah sumbangan yg HaRUM terima, seramai 600 buah keluarga dapat diagihkan.

Selepas itu kami dibawa ke Emergency Operation Center iaitu sebuah tempat pengumpulan maklumat semua perkara yang berkaitan dengan Marawi disitu kami diberi taklimat ringkas dan laporan terkini tentang keadaan disana oleh Ms Hope Harvilla wakil daripada kementerian kebajikan dan Colonal Mammon wakil daripada military.

Disebelah malamnya pula kami mengambil kesempatan berbual bual bersama team sukarelawan disana sambil membantu mereka membungkus barang-barang agihan.

InsyaAllah, kami akan bersama sama mereka mengagih barang sumbangan harum kepada 600 buah keluarga.

Teruskan menyumbang kepada HaRUM dan disertakan doa atas mereka.

Back To Top