Hari Pertama Persidangan UNPO ke-14
Sekali lagi pada tahun ini HaRUM dijemput untuk menghadiri persidangan UNPO yang ke 14. Begitu cepat masa berlalu kerana baru sahaja tahun lalu HaRUM menghadiri persidangan yang ke 13 di Edinburgh, Scotland.
Persidangan pada kali ini dihoskan oleh minoriti Savoy, Saint Gervais-les-bains dimana kawasan nya dikelilingi dengan pergunungan Mont Blanc. Sebanyak 28 wakil minority hadir pada persidangan kali ini dan 4 ahli baru diiktiraf sebagai ahli baru UNPO iaitu dari Ambazonia, Bellah, Madhesh dan western Togoland.
HaRUM diwakili seramai 4 orang iaitu Penasihat Undang-Undang, Pn Norilyana, President HaRUM, Tuan Haji Sayed Khairul Mizan, Penasihat Agama dan Dakwah Antarabangsa dan juga dr NGO PENDAMAI Dr Ustaz Ahmad Fakhrurrazi dan Ketua Media dan Belia HaRUM En. Adni Adznan.
Sesi Extraordinary ini adalah bertujuan untuk perlantikan Setiausaha Agung UNPO yang baru iaitu Mr Ralph yang menggantikan tempat Setiausaha Agung yang lama Mr Marino. Sesi persidangan ini amat penting bagi minority-minoriti yang hadir atas pengenalan Setiausaha Agung yang baru iaitu Mr Raplh kerana kepakaran beliau dalam bidang undang-undang antarabangsa, atas sebab beliau sendiri pernah duduk di dalam buangan bersama keluarganya, dengan pengalaman hidup, beliau bangkit untuk menuntut ilmu di peringkat tertinggi dan memperjuangkan hak-hak minoriti yang tertindas dan dinafikan hak sebagai manusia dan rakyat dalam sebuah Negara.
Berada di dewan ini mendengar kisah-kisah nasib yang dialami dan perjuangan menuntut hak yang dinafikan yang tidak didedahkan di sebarang media, membuat kami rasa betapa beruntungnya kita di Malaysia, hidup dalam aman sejahtera, walaupun ada kesulitan yang berlaku tetapi ia masih dalam kawalan lagi. Kesempatan ini, delegasi HaRUM mengambil peluang untuk menyantuni semua wakil-wakil minoriti dan berkongsi pengalaman dalam usaha HaRUM membawa isu-isu minoriti Filipina disamping mendengar segala tuntutan dari wilayah mereka. Pada awalnya mereka ini agak hairan kerana ada wakil dari Malaysia hadir ke persidangan ini kerana mereka tahu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang aman dan damai tetapi apabila diberitahu akan kehadiran kami ini bagi mewakili saudara islam di Selatan Filipina, mereka sangat terkejut dan menyatakan sangat gembira atas usaha HaRUM ini dalam memperjuangkan hak-hak minoriti islam disana. Ramai menyokong segala usaha HaRUM ini dan mendoakan supaya segala urusan dipermudahkan.
HaRUM sebagai satu-satunya NGO dari Malaysia yang hadir ke persidangan ini berpegang teguh pada prinsip kedamaian, keamanan, rundingan dan tanpa keganasan sebagai landasan penyelesaian konflik di nusantara ini.
Di akhir pada persidangan ini, deligasi HaRUM telah menyerahkan laporan gerak kerja HaRUM dan Minsupala selepas pulang dari persidangan tahun lalu di Scotland kepada Setiausaha Agung yang baru, Mr Ralph dan beliau amat berterima kasih atas laporan yang lengkap itu untuk disemak oleh pihak mereka.
Hari ke-2 pada esok akan berlangsung dengan dihadiri dengan ramai lagi wakil minoriti-minoriti dari pelusuk dunia untuk pengundian ahli majlis tertinggi di UNPO.