Persidangan UNPO yang ke-14
Pada tahun ini sekali lagi HaRUM di jemput untuk menghadiri persidangan tahunan UNPO yang akan berlangsung selama dua hari pada 14-15 September 2018 di St Gervais, Savoy.
HaRUM telah berdaftar sebagai ahli sejak 2013 diatas platform UNPO yang memperjuangkan hak-hak minoriti terutama minoriti islam didunia yang ditindas dan diketepikan hak-hak mereka.
HaRUM melihat UNPO merupakan platform yang sesuai untuk membawa isu isu minoriti terutama di nusantara ini kerana UNPO merupakan badan NGO yang mempunyai kelebihan dalam membawa kes-kes ini diperingkat United Nation.
Persidangan ini akan mengumpulkan wakil dari setiap pelusuk negara yang mewakili minoriti di kawasan mereka dan disini akan dibentangkan segala gerak kerja dan usaha mereka dalam mencapai kemerdekaan dan HaRUM juga akan membentangkan progress yang telah dilakukan dalam membawa isu penindasan minoriti islam di nusantara terutama muslim di selatan filipina.
4 org wakil dari HaRUM akan menghadiri persidangan kali ini, Penasihat Undang-Undang, Pn. Norilyana, President HaRUM Tn Hj Sayed Khairul Mizan, Penasihat Agama dan Dakwah Antarabangsa, Dr Ustaz Ahmad Fakhrurazi , dan Ketua Media dan Belia HaRUM, En Adni Adznan.
Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.