skip to Main Content
Hubungan HaRUM Dan National Commission On Muslim Filipinos (NCMF)

Hubungan HaRUM dan National Commission On Muslim Filipinos (NCMF)

 

National Commision On Muslim Filipinos (NCMF) merupakan Jabatan Rasmi Kerajaan di Filipina yang menguruskan dan mengendalikan perkara berkaitan hal ehwal Islam dan kebajikan masyarakat muslim di Filipina. Peranan nya sama seperti JAKIM di Malaysia.

NCMF mempunyai sembilan pesuruhjaya termasuk Setiausaha / Ketua Pegawai Eksekutif, yang akan mewakili Suruhanjaya pada mesyuarat peringkat kabinet dengan Presiden. Suruhanjaya akan mengendalikan segala isu meliputi kebimbangan tempatan dan kebangsaan Filipina Islam, termasuk pelaksanaan program ekonomi, pendidikan, kebudayaan, dan infrastruktur untuk komuniti Muslim Filipina.

Antara program utama NCMF ialah penyelarasan dan pengurusan tahunan untuk ibadah haji ke Makkah, penyertaan dalam pertandingan bacaan Al-Quran antarabangsa, dan kegiatan pendidikan dan kebudayaan lain yang berkaitan dengan komuniti Muslim Filipina. Pelajar Muslim Filipina yang berhasrat untuk belajar di luar negara harus menyelaras dengan NCMF supaya dokumen akademik mereka disahkan dengan betul sebelum perjalanan ke negara di mana mereka akan melanjutkan pengajian tinggi mereka.

Penciptaan Suruhanjaya adalah sejajar dengan perpaduan dan pembangunan negara dan peranan penting Suruhanjaya untuk memastikan penyampaian sumber yang diperuntukkan untuk pendidikan, program pembangunan ekonomi dan budaya untuk umat Islam.

Pada 30th Oktober 2018 yang lalu, HaRUM berpeluang bertemu dengan NCMF sekali lagi. Selepas perjumpaan pertama kali pada projek Qurban yang lalu, NCMF menyatakan hasrat sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan HaRUM dalam program-program kemasyarakatan dan misi kemanusian di selatan filipina. Perjumpaan kali ini lebih pada membincangkan beberapa perkara berkaitan pembangungan masyarakat Muslim di Filipina dan menumpukan langkah-langkah perlaksanaan yang akan dijalankan.

Hasil dari perbincangan pada pertemuan itu, kedua bersepakat dan bersetuju dalam mencari jalan penyelesaian masalah yang berlaku dikalangan umat Islam di Selatan Filipina adalah kerana tidak ada penyatuan dikalangan mereka sendiri, dan oleh itu satu program telah dirancang untuk menerapkan jiwa berkasih sayang sesama mereka. Dalam program tersebut akan diutamakan dalam pendidikan agama pada setiap genap lapisan masyarakat dan pada masa yang sama HaRUM juga telah diberi mandat dan dilantik sebagai wakil NGO untuk mengatur dan merancang aktiviti-aktiviti komuniti islam disana deng kerjasama Jabatan Agama Islam (NCMF) di Region 9.

Dalam usaha HaRUM untuk menyebarkan Salaman dan Kasih Sayang, NCMF menyokong visi dan misi HaRUM ini dan menyatakan ini adalah antara jalan yang perlu disebarkan pada umat Islam di selatan Filipina, kerana ia boleh merubah jiwa rakyat-rakyat mereka untuk hidup dalam kebersamaan tidak kira bangsa dan agama, semua akan hidup dalam kedamaian dan berkasih sayang sesama mereka dan juga antara jambatan untuk merapatkan jurang-jurang antara masyarakat Islam dan Non Muslim disana.

Semoga usaha dan program yang dirancang ini akan membuahkan kebaikan dan penyatuan pada masyarakat Islam di Selatan Filipina dan menjadi tunjang dan contoh kepada Negara-negara lain juga.

Kami mohon doa dari semua rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan bersama dengan kami dalam membantu menggerakkan program kemasyarakatan kepada jutaan umat Islam di Selatan Filipina yang sangat memerlukan bantuan. Mereka juga saudara Islam kita. Bak kata pepatah, cubit peha kanan peha kiri terasa. Begitulah kehidupan nenek moyang kita dahulu di benua Nusantara ini yang hidup dalam satu rumpun saling mengasihi diantara satu sama lain.

Back To Top