skip to Main Content
HaRUM BINA HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN THIRD GENERATION PROJECT

HaRUM BINA HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN THIRD GENERATION PROJECT

26 Jun 2017 – Penyertaan wakil HaRUM ke Mesyuarat Agung UNPO kali ke 13 di Scottish Parlimen, Edinburgh, Scotland memberi kesempatan untuk membina jalinan kerjasama dengan beberapa pertubuhan kemanusiaan serta tokoh-tokoh aktivis kemanusiaan antarabangsa.

Presiden Tn Syed Khairul Mizan dan Penasihat HaRUM Tn Hj Razali telah beramah mesra dengan Prof. Dr Ali Watson selaku Pengasas dn Pengerusi Third Generation Project ( www.thirdgenerationproject.org ). TGP juga bergerak membawa aspirasi yang hampir sama dengan HaRUM iaitu Kebersamaan, Toleransi, Kedamaian dan Kasih Sayang sesama insan. Aktiviti mereka berpusat di St. Andrew University, Edinburgh. Sehingga kini mereka giat menjalankan aktiviti kemanusiaan di Eropah dan di Afrika.

Prof Dr Ali sangat teruja dengan nilai kekeluargaan Nabi Ibrahim a.s (meliputi semua bangsa di dunia) yang dibawa HaRUM yang melangkaui batasan kaum dan agama. Beliau juga mengakui bahawa isu militan dan teroris tidak sepatutnya dikaitkan dengan Islam atau mana-mana agama kerana ianya melibatkan golongn ekstremis yang ditolak oleh semua agama.

Dr Ali juga menyambut baik tawaran kerjasama dengan HaRUM serta bersedia membantu HaRUM khasnya dalam perkongsian dan pembentangan hasil Kajian dan Pembangunan (RnD) dalam isu yang berkaitan.

Ianya suatu peluang keemasan bagi HaRUM memandangkan beliau sendiri merupakan antara tokoh perundangan dan penyelidik kemanusiaan antarabangsa yang menjadi rujukan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Back To Top