skip to Main Content
Jalinan Kerjasama HaRUM Dan IHH (Misi Tulong Marawi)

Jalinan Kerjasama HaRUM dan IHH (Misi Tulong Marawi)

Cotabato, 24 Nov 2017 – Presiden HaRUM Tn Hj Sayed Khairul Mizan bersama En. Abu Bakar, Setiausaha Agung HaRUM dan juga En Naem Hashim selaku Ketua Pengurusan Projek dan Belia HaRUM telah membuat sesi lawatan tidak rasmi ke IHH untuk membincangkan tentang kerjasa misi kemanusian di Nusantara khususnya di Selatan Filipina.

Mereka telah disambut baik oleh Brother Uz. Omer Kesmen (representative Filipina, IHH) dan Ustazah Anisa Taha (Chairman of Ugur Suleyman Soylemez Orphanage in Cotabato, Filipina) di sana.

Pertemuan ini telah dimulakan dengan sesi suai kenal diantara kedua belah pihak,  dan kemudiannya diteruskan dengan perbincangan berkenaan isu- isu kemanusiaan di Selatan Filipina khususnya di wilayah-wilayah yang sedang dan telah mengalami konflik.

Syukur Alhamdulillah, sepanjang sesi perbincangan dengan pihak IHH di Cotabato banyak perkara penting dan kata sepakat yang telah dicapai melalui matlamat yang jelas dan sama oleh HaRUM dan IHH dalam menjalinkan kerjasama untuk memberi bantuan dan pertolongan didalam isu-isu kemanusiaan yang berlaku kini.

HaRUM juga sempat berbual mesra dengan wakil NGO Ribat daripada Turki yang kebetulan mengadakan lawatan misi kemanusian di IHH Cotabato pada hari yang sama.

Pertemuan pada kali ini mencapai kemuncaknya apabila Brother Omer sendiri menyatakan “Pejabat ini juga adalah pejabat HaRUM” sebagai tanda persetujuan dan kegembiraannya diatas jalinan kerjasama ini.

Semoga usaha ini menjadi detik permulaan yang akan membawa perubahan yang lebih besar dan bermanfaat kepada seluruh masyarakat di dunia khususnya Nusantara.

#AyuhSebarkanCintadanKegembiraan.
#harumcare
#harummembawasalaman

Back To Top