Wacana Keharmonian Islam Nusantara 2017
Pada 13 Mei 2017, berlangsungnya Wacana Keharmonian Islam Nusantara 2017 bertemakan “Menjernih Jiwa, Mendamaikan Nusantara” buat julung kalinya bertempat di Dewan Tun Sakaran, TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Mohd Arif.
Wacana yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN), YADIM, YADIM Zon Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, JHEAINS, JAKIM Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Kerukunan Ulama Nusantara (KUN), dan juga HaRUM cawangan Sabah ini telah dihadiri oleh pelbagai wakil pertubuhan dan agensi daripada seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei Darussalam
Antara topik menarik yang dikupas sepanjang program antaranya adalah Kepentingan Tauhid Ihsan dalam Menyelesaikan Permasalahan Ummah, Geopolitik dan Cabaran Ummat Islam di Nusantara dan Manhaj Wali Songo sebagai Pendekatan Dakwah Nusantara: Suatu Analisa.
Syukur Alhamdulillah, program Wacana Keharmonian Islam Nusantara 2017 berjalan dengan penuh keharmonian dan kejituan. Mudah mudahan, kesepakatan Ulama dalam menangani isu globalisasi penyatuan umat Islam di Sabah dan Nusantara mendapat sokongan padu dari semua peringkat bagi memastikan Islam yang tulen disebarkan di seluruh Nusantara dan Sabah mengikut acuan dan Fiqh yang bersesuaian dengan geografi dan menimbang tara adat setempat.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur. Semoga hubungan silaturrahim ini terus berkekalan. Ribuan Terima Kasih kami ucapkan.