JEMPUTAN PIHAK MASJID NURUL IMAN & MASJID TAMAN SRI RUGADING di KOTA KINABALU
HaRUM SANGAT MENGALU ALUKAN JEMPUTAN PIHAK MASJID DI SELURUH MALAYSIA. DEMI KASIH DAN CINTA.
Alhamdulillah HaRUM telah dijemput oleh pihak Masjid Nurul Iman dan juga Masjid Taman Sri Rugading di Kota Kinabalu untuk membuat pembentangan dan perkenalan tentang HaRUM dan juga untuk kami berkongsi pengalaman semasa Misi Kemanusiaan HaRUM di Marawi. Pihak Masjid juga meminta kami untuk berkongsi kepada jemaah yang hadir info-info terkini dan situasi yang berlaku pada saudara jiran kita terutamanya di Mindanao sekarang yang telah ditimpa bencana Taufan Tembin.
Jemputan ke Masjid Nurul Iman sebenarnya diatur sendiri oleh Tuan Haji Samin, Pengarah YADIM Sabah dan di Masjid Taman Sri Rugading pula diatur oleh Ustaz Saprah.
Kata Tuan Haji Samin, pendedahan sebegini sebenarnya sangat perlu dianjurkan oleh masjid sebenarnya untuk membina kesedaran, keperihatinan pada masyarakat kita tentang apa yang berlaku pada saudara kita diluar sana dan betapa beruntungnya kita di Malaysia sekaligus melahirkan rasa kasih dan cinta pada jiwa jemaah yang hadir.
Pelbagai pertanyaan dan respon positif yang kami terima dari jemaah yang hadir. Dan mereka semua menyokong usaha yang dibawa oleh HaRUM dalam menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan.
Syukur dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Masjid dan jemaah yang hadir. Kepada semua pihak diluar sana kami sangat mengalu alukan jemputan dari anda semua.