PERTEMUAN BERSAMA PENASIHAT PKNMS
HaRUM BERSAMA TUAN HAJI SYED HUSIN HABIB OMAR, PENASIHAT PKNMS
HaRUM telah mengadakan pertemuan bersama Tn Haji Syed Husin Habib Omar yang merupakan
Penasihat kepada Pertubuhan Kebajikan Nurul Musthofa Sabah(PKNMS) dan juga
Bendahari & Syukbah Dakwah Masjid Bandaraya.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mendapat namanya sesuai dengan kedudukanya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.
Masjid ini di ditadbir di bawah sebuah jawatankuasa, iaitu gabungan para profesional dalam pelbagai bidang dan para ulama dan pendakwah bagi memantapkan fungsi masjid ini, selaras dengan keperluan hari ini. Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS) bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Masjid ini aktif dengan pelbagai aktiviti dan program untuk belia dan remaja, program untuk wanita dan juga aktiviti kebajikan.
Tuan Haji Syed Husin juga gembira untuk bekerjasama dengan HaRUM bagi memperkasakan dan melancarkan lagi pergerakan dan misi HaRUM di Malaysia khususnya di Sabah.