KERJASAMA HaRUM BERSAMA i-MEDIK SABAH
Ini merupakan pertemuan rasmi pertama diantara team HaRUM bersama ngo Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik) Sabah yang diwakili oleh Dr. Sobri selaku Timbalan Pengerusi I-Medik bersama tiga perwakilannya.
I-Medik merupakan sebuah ngo ditubuhkan pada tahun 2014 dimana ahlinya terdiri daripada doktor-doktor, jururawat, pengamal perubatan, dan doktor pergigian dari seluruh Malaysia. Misi mereka adalah mempelopori agenda perubatan Islam berasaskan jati diri, pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemanusiaan .
Syukur Alhamdulillah, sepanjang sesi perkenalan dan perbincangan dijalankan team i-Medik menunjukkan minat mereka untuk menjalinkan kerjasama bersama HaRUM. Insyallah pada bulan April 2018 akann ada satu projek misi kemanusian HaRUM Sabah di Samporna “Medical & Dental Awareness Camp” bersama mereka yang diketuai oleh Cik Shaffiyah sebagai Project Manager.
Selain daripada i-medik, Persatuan Wanita Pulau Omdal (WAPO), Iskul Sama Dilaut Omadal, Kelab Belia Tinagayan Samporna (KeBat) dan beberapa lagi NGO yg lain juga akan turut bekerjasama. Tn. Hj Samin daripada YADIM juga berminat untuk turut serta dalam projek ini.
Pada masa yang sama, i-medik juga menyatakan hasrat mereka utk bersama2 HaRUM dalam memberi bantuan khidmat dan kepakaran mereka dalam Bidang Perubatan pada misi kemanusian HaRUM khususnya di Selatan Filipina akan datang.