skip to Main Content
Misi Kasih Afghanistan Bersama Rumah-Rumah Anak Yatim

Misi Kasih Afghanistan Bersama Rumah-Rumah Anak Yatim

Menyantuni anak-anak syurga kekasih Rasulullah.

HaRUM berpeluang menziarahi beberapa buah rumah anak yatim ketika berada di Afghanistan. Pada ketika ini, rumah-rumah anak yatim tersebut agak sukar untuk mendapatkan perbelanjaan akibat dari kekurangan penyumbang-penyumbang dari rakyat Afghanistan sendiri.

Kebanyakan anak-anak tersebut datang dari keluarga yang telah terkorban akibat perang dan juga serangan bom berani mati dan bilangan anak yatim semakin hari semakin tinggi. Melihat wajah-wajah anak tersebut, ternyata mereka lebih tenang menempuhi kehidupan yang telah ditakdirkan untuk mereka.

HaRUM menyantuni dengan menghukurkan bantuan perbelanjaan untuk rumah-rumah ini terus memberi perlindungan kepada anak-anak yatim tersebut. Mereka juga amat mengharapkan bantuan dari NGO-NGO atau individu luar yang dapat mengurangkan bebanan mereka didalam perbelanjaan menguruskan rumah anak-anak yatim tersebut kerana dikhuatiri jika tiada peebelanjaan yang cukup, mereka mungkin terpaksa menghantar pulang anak-anak ini ke pangkuan waris dan keluarga mereka yang sememangnya dalam keadaan serba kekurangan.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan penuh kasih sayang atas sumbangan yang telah diberikan.

Back To Top