skip to Main Content
PERHIMPUNAN AGUNG UNPO – Bahagian 1

PERHIMPUNAN AGUNG UNPO – Bahagian 1

Edinburgh, 26 Jun 2017 — HaRUM telah dijemput menyertai Forum Hak Asasi & Mesyuarat Agung Unrepresented Nations & Peoples Organization (UNPO) kali ke-13 yang diadakan di Edinburgh, Scotland pada 26-28 Jun 2017 lalu.

Persidangan kali ini dihadiri hampir 100 peserta dari pelbagai NGO mewakili kumpulan-kumpulan minoriti (ahli UNPO) yang dari seluruh dunia.

HaRUM merupakan satu-satunya NGO dari Asia Tenggara yang hadir atas kapasiti sebagai mediator kepada wilayah Sulu yang menjadi ahli UNPO sejak 2014.

Hubungan HaRUM-UNPO bermula pada September 2014 sewaktu kunjungan kali pertama ke pejabat UNPO di Amsterdam, Belanda. Kemudian HaRUM, satu-satunya NGO dari Malaysia dijemput menyertai Forum Isu-Isu Minoriti yang diadakan di Palais de Nation, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Geneva, Switzerland pada November 2014. Pada Jun 2015 HaRUM bermesyuarat isu-isu kemanusiaan Nusantara di pejabat UNPO di Brussels, Belgium, disusuli kehadiran kali pertama di Mesyuarat Agung Ke-12 UNPO pada Julai tahun yang sama.

UNPO mengadakan mesyuarat agungnya 2 tahun sekali, dan untuk kali ke-13 ianya diadakan di Edinburgh, Scotland.

Pada hari pertama 26 Jun, persidangan khas bertajuk “Sharing Perspectives on the Right of the Unrepresented on the Eve of UNPO’s XIII General Assembly” dilangsungkan di Scottish Parliament, bermula 9 pagi hingga 5 petang. Persidangan ini adalah kolaborasi UNPO bersama kumpulan “Third Generation Project” dan ahli parlimen Willie Rennie (Scottish Liberal Democrats).

Persidangan ini dibahagikan kepada 3 sesi melibatkan 14 panel dari berbagai latar dan negara.

3 sesi tersebut membincangkan tajuk-tajuk berikut:
1. “State-sponsored oppresion against unrepresented communities”
2. “Being woman and from an unrepresented community in 2017: The importance of intersectionality to fight double discriminationan”
3. “The power of advocacy to foster political change”

Manakala majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-13 dilangsungkan sebaik sesi diatas selesai, dengan ucapan-ucapan oleh Tuan Nasser Boladai (Presiden UNPO), Tuan Marino Busdachin (Setiausaha Agung), Dr Josep-Maria Terricabras (Ahli Parlimen Eropah) dan Tuan Willie Rennie (Ahli Parlimen Scotland – North East Fife, and Leader of the Scottish Liberal Democrats).

Pautan lanjut :
http://unpo.org/article/20165

Back To Top