skip to Main Content
Perjumpaaan Bersama MPKK Kg Melayu Subang

Perjumpaaan Bersama MPKK Kg Melayu Subang

Syukur alhamdulillah HaRUM dapat bersilaturrahim dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Melayu Subang (MPKK KMS) yang diketuai oleh Haji Salim selaku Ketua Kampung malam semalam. Perjumpaan ini juga turut disertai oleh beberapa pemimpin, ahli jawatankuasa, NGO tempatan seperti Kelab Al Aman dan CLS dan juga wakil dari ADUN Kota Damansara, Tuan Shatiri.

Dikesempatan pertemuan ini, HaRUM diberi peluang untuk berkongsi kertas cadangan Pelan Persiapan Bencana Banjir bersama pihak MPKK dan barisan kepimpinan mereka. Mengambil iktibar bencana banjir yang berlaku pada bulan Disember tahun lepas, beberapa perkara tidak dapat disediakan dengan teratur dan bantuan juga tidak dapat disalurkan sebaiknya. Antara yang diutarakan adalah kesiapsediaan penduduk kampung dalam menghadapi musim hujan yang mungkin dikhuatiri akan berlaku banjir dengan menyusun gerak kerja serta penubuhan Bilik Gerakan serta AJK yang terdiri dari pemimpin dan penduduk Kampung Melayu Subang sendiri.

Alhamdulillah, kertas cadangan tersebut telah disambut baik oleh pihak MPKK KMS yang melihat betapa pentingnya persediaan yang tersusun supaya penduduk kampung dapat mengelakkan lebih banyak keburukan dan kos kerugian yang tinggi. Mereka terus bertindak dengan melantik 5 jawantankuasa tertinggi yang terdiri dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha, Bendahari dan juga Ketua Operasi. Mereka juga menganggap organisasi yang dilantik ini bertindak sebagai mini kerajaan yang akan mentadbir pengurusan bencana banjir di kawasan kampung tersebut dan ia perlu disegerakan bagi memudahkan urusan. Mesyuarat susulan untuk melantik beberapa lagi AJK akan dilakukan segera oleh pihak MPKK KMS supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada seluruh kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Melayu Subang yang sudi menerima kehadiran pihak HaRUM dimalam Maulidur Rasul.

(Link ke FB)

Back To Top