PENGAGIHAN DAPUR RAMADHAN DI PATANI
Salam Dapur Ramadhan Senusantara,
Malaysia – Patani
Pada 5 Ramadhan yang lepas, Delagasi HaRUM ke bumi Patani, Thailand demi menjalankan Misi Kemanusiaan dan Kasih Sayang bagi pihak yang memerlukan dan usaha mereka yang banyak memberi impak dalam perkembangan pendidikan masyarakat setempat dan sekitar nusantara.
Hari pertama kami menuju ke Maahad Tahfiz YM AlMarhum Baba Wan Abdul Aziz seorang ulama’ besar Patani yang sudah kembali pada Allah tetapi meninggalkan isteri serta pelajar maahadnya seramai 40 orang.
Delagasi HaRUM datang menyampaikan salam kasih sayang dan menyampaikan hadiah dari Malaysia agar usaha Almarhum mengimpikan anak-anak dilahirkan dalam acuan kepercayaan kepada Tuhan dan memiliki sifat yang baik kepada semua manusia. Jasa Almarhum yang banyak mendidik masyarakat nusantara kembali pada tuhan dan kehidupan beragama adalah jasa yang wajib diikuti dan dihargai
Kami juga sempat menyampai Al Quran Besar Wakaf dari Layar Temir Network untuk kegunaan di Maahad sepanjang Ramadhan dan Majlid Khatam Alquran yang diadakan setiap bulan.
Kehadiran ini menguatkan lagi keutuhan kasih sayang serumpun yang dalam sejarah sebuah keluarga besar nusantara. Moga ramadhan membawa seribu rahmat.
Dan HaRUM juga mengambil peluang untuk menyerahkan MISI DAPUR Ramadhan kepada 40 orang pelajar Islahudeen Islamic School di Yala,Thailand dibawah jagaan Syeikh Wan Abdul Qadir.
Kami amat terkejut kerana rombongan kami disambut hampir 500orang pelajar sekolah tersebut bersama guru-guru. Kemeriahan dan rasa kekeluargaan terasa meski tidaklah seberapa apa yang kami sumbangkan namun ikatan persaudaraan menjadikan hubungan bertambah erat.
Ramadhan yang indah apabila dikongsi bersama.