Pengagihan Dapur Ramadhan di Filipina
Salam #DapurRamadhan2017
Malaysia-Filipina
Mengambil keberkahan Ramadhan, Delagasi dan sukarelawan HaRUM meneruskan Misi Kemanusiaan dan Kasih Sayang (Projek Dapur Ramadhan 2017) di bumi Zamboaga dan Pulau Tictabun, Filipine.
Syukur Alhamdulillah, Fasa pertama pengagihan sumbangan seperti beras dan barang barang keperluan kepada asnaf dan fakir miskin yamg memerlukan di sana berjalan dengan lancar. HaRUM berharap untuk pengagihan sumbangan untuk fasa yang seterusnya akan berjalan sempurna seperti yang dirancang.
Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan penderitaan yang mereka lalui, namun dari raut wajah kegembiraan mereka membuatkan kami tersenyum dan merasa sangat bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Nikmat yang mana lagikah yang hendak kita dustakan.
Terima kasih di atas peluang dan pengalaman ini. HaRUM sentiasa mendoakan agar mereka disana sentiasa berada di dalam RahmatNya dan KeredhaanNya.
Faith – Love – Happiness