KERJASAMA HaRUM dan MAPIM
5 Jun 2017, bertempat di Ibu Pejabat MAPIM di Bangi telah berlangsung pertemuan diantara MAPIM (Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia) dan HARUM (Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara).
Objektif pertemuan dan diskusi diantara HaRUM yang diwakili oleh Presiden HaRUM Tuan Sayed Khairul Mizan dan Setiausaha HaRUM En. Abu Bakar bersama wakil dari MAPIM iaitu Haji Aziz Naib Presiden MAPIM dan ust Zul Setiausaha MAPIM adalah untuk menjalinkan kerjasama di atas platform kemanusiaan pada masa akan datang.
HaRUM amat berbesar hati diatas pertemuan ini kerana dapat menimba pelbagai ilmu daripada perkongsian pegalaman dari pihak MAPIM yang sangat aktif dan dikenali dalam menjalankan Misi Kemanusiaan dan sentiasa terkehadapan dalam isu yang melibatkan Palestin, Syria, Acheh dan Rohingya.
Semoga dengan terjalinnya kerjasama diantara HaRUM dan MAPIM ini, akan mencetuskan satu peningkatan yang drastik didalam pergerakan Misi Kemanusiaan untuk menyebarkan Salaman, Kasih Sayang dan Kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia.