skip to Main Content
Bazar Raya (Pasar Komuniti MKU5)

Bazar Raya (Pasar Komuniti MKU5)

Syukur Alhamdulilah pada Sabtu bersamaan 6 April 2024, HaRUM dan Muafakat Komunti U5 Subang telah mengadakan Bazar Raya 2024 (Pasar Komuniti MKU5) bertempat di Masjid Taman Subang Perdana.

Jumlah pembeli yang hadir melebihi 200 orang yang dibuka pada golongan yang berpendapatan rendah dan B40 sekitar subang khususnya mereka yang tidak menerima mana-mana bantuan melalui sistem pendaftaran online yang dibuka beberapa minggu yang lalu.

Sebelum program bermula wakil HaRUM Sdr Akmal selaku pengarah program memberikan penerangan tentang konsep Pasar Komuniti yang mana barang keperluan ini dpt dijual dengan harga murah hasil daripada sumbangan orang ramai ke tabung dana program & infaq jumaat yang diadakan pada setiap minggu. Hasil dana yang terkumpul disalurkan kembali kepada komuniti dengan menampung harga kos barang-barang ini.

Seterusnya bagi memberkati program, telah diadakan Majlis Bacaan Selawat & Doa bersama pihak masjid & peserta program.

Program pembelian bermula jam 10 pagi sehingga jam 1 petang yang mana sambutan diluar jangkaan apabila semua barang habis terjual. Antara barang yang dijual adalah beras, ayam, telur, gula, tepung & minyak masak. Setiap pembeli juga diberikan had pembelian agar semua peserta mendapat manfaat ini.

Antara maklumbalas yang diterima daripada peserta adalah dengan harga barang keperluan yang semakin meningkat, program sebegini dapat mengurangkan tekanan & kos sara hidup di bandar. Ada juga yang menyarankan agar program sebegini dapat diadakan sebulan sekali bagi

Sekali lagi HaRUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas sumbangan, doa & khidmat yang diberikan. Moga ianya diberkati Allah.

Back To Top