Ahad 29 September 2024 : Alhamdulillah semalam telah berlangsung Program “Jati Diri Wanita : Mahkotakan Dirimu” di Alamy Event Hall (Space U8) Anjuran HaRUM bermula jam 8:30 pagi sehingga 1:30 tengahari. Hampir 100 orang peserta yang hadir terdiri daripada golongan usahawan, ketua-ketua komuniti, warga pendidik, doktor, wakil ngo, pelajar dan pelbagai latar belakang kerjaya yang lain.
Tema “Mahkotakan Dirimu” diangkat sebagai usaha memartabatkan peranan dan sumbangan wanita dalam negara yang menjadi tunggak kepada pembangunan sosial masyarakat yang bertauhid, penuh kasih sayang dan sejahtera.
Program dimulakan dengan tayangan montaj HaRUM dan Program Wanita yang telah dan sedang dijalankan oleh HaRUM. Disusuli dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan ucapan perasmian oleh Puan Siti Amirah selaku pengarah program.
Acara utama iaitu Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Nurul Shahidah dimulakan dengan tayangan video isu-isu semasa berkaitan wanita. Ketika awal sesi tausiah, Ustazah mengajak peserta mengalunkan lagu gurindam nukilan Walid Ibrahim Al Malik yang bertajuk “Pesanan Kekasih Tuhan” dan berselawat bersama.
Antara intipati daripada perkongsian Ustazah:
1. Mengembalikan jati diri dengan meletakkan Allah dan Rasul yang paling utama didalam hati. Hendaklah kita benar dalam mengenal kepada Allah. Meyakini kehidupan kita adalah takdir Allah buat kita. Sentiasa sabar, syukur dan redha.
2. Buang 4 penyakit hati : sangka buruk, sombong, hasad dengki dan tamak. Kembalikan semua kepada Allah. Penghayatan Lailahaillallah.
3. Azam mengenal Allah dan Nabi Muhammad. Carilah Guru yang benar untuk membimbing rohani kita.
4. Hidupkan hati untuk sentiasa berselawat. Mengadakan “Rumah Cahaya”. Suburkan dgn cahaya Nabi Muhammad. Fikirkan setiap hari apa kebaikan saya boleh buat kepada orang lain.
Diperkenal kan juga “1 Keluarga 1 Rumah Cahaya” iaitu program yang diilhamkan oleh Walid Ibrahim Al Malik yang sudah bermula seawal musim PKP dahulu bagi menyuburkan bacaan Selawat bersama keluarga, sahabat-sahabat atau dalam komuniti-komuniti kecil di mana sekalipun.
Rata-rata maklum balas yang diterima amat positif dari kalangan yang hadir dan sudah ada pihak yang bertanya lebih lanjut berkenaan pelaksanaan program “Rumah Cahaya” dalam komuniti-komuniti mereka sebagai cetusan dan penghubung kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Di slot soal jawab, pelbagai persoalan yang diajukan daripada peserta terutama nya isu-isu berkaitan wanita, kekeluargaan dan apakah peranan peserta selepas program ini. Jawapan yang diberikan oleh Ustazah mendorong dan mencetuskan semangat peserta untuk bertindak selepas ini.
HaRUM juga berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai RM1,000 kepada wakil Pertubuhan Pondok Tarbiyah Haji Siraj di dalam slot Santunan Mahabbah. Sebelum Majlis berakhir kesemua peserta dihadiahkan dengan sekuntum mawar merah yang diterangkan simbolik nya kepada peserta.
Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dan ramah mesra, bergambar dan jamuan makan yang disediakan.
Antara maklumbalas yang diterima dari peserta yang hadir selepas program :
“Keseluruhan program Alhamdulillah bagus sangat sebab corak penyampaian yang santai tetapi sarat dengan ilmu yang mudah untuk dihadam. MashaAllah. Penekanan tentang tauhid serta gagasan Guru Walid Al Malik yang penting untuk hidup di akhir zaman ini. Sewajarnya wanita khususnya isteri dan para ibu perlu tahu tentang ini, untuk mendidik generasi yang bakal ditinggalkan kelak.” – Puan Zainum, Sukarelawan Badan Ngo Sahabat Serantau
“ Alhamdulillah terbaik. Saya suka pengisian majlis menjdikan saya nak jadi manusia yg selalu berbuat kebaikan & nak jadi yang lebih baik dari sebelum ini inshaaAllah.” – Puan Nurul Huda, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK)
“Alhamdulillah, Allah hadirkan saya harini, saya dapat jawapan apa yang memeningkan saya sebelum ni.” – Puan Siti Hanisah, Setiausaha NGO Sahabat Serantau
InshaAllah HaRUM akan mengadakan pertemuan susulan bersama peserta yang berpotensi bagi memperkuatkan jaringan dan keperluan kerjasama untuk program akan datang.
Tonton Rangkuman Video Sekitar Program Di Sini
Feedback Peserta Jati Diri Wanita
(Link ke FB)