skip to Main Content
PERHIMPUNAN AGUNG UNPO – BAHAGIAN 3

PERHIMPUNAN AGUNG UNPO – BAHAGIAN 3

HARI KETIGA, 28 Jun 2017

Sesi terakhir ini juga dilangsungkan di tempat semalam, cuma di dewan berbeza. Tumpuan hari ini adalah perbahasan dan permuafakatan terhadap resolusi rasmi UNPO sempena Mesyuarat Agung Ke-13.

Selain itu diadakan sesi pengundian untuk perlantikan Jawatan Kuasa Tertingginya (Presidency Board) untuk sesi 2017-2019, adapun untuk jawatan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung dikekalkan tanpa sebarang pemilihan baru. Selaras dengan peranan UNPO yang makin mencabar, seorang lagi Naib Presiden telah dilantik.

Sesi ini tamat sekitar jam 1 petang (waktu tempatan), dan dikira antara persidangan yang terbaik sebagai persiapan menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar seiring dengan geopolitik dan geostrategik dunia masa kini.

HaRUM sendiri beroleh pengalaman yang amat berharga, berpeluang berkongsi maklumat dengan pelbagai pihak, membina jaringan baru dan beberapa persetujuan dasar untuk mengadakan kerjasama program dengan UNPO dan beberapa pihak lain selepas ini.

HaRUM sebagai satu-satunya NGO dari Malaysia hadir ke persidangan ini teguh berpegang kepada prinsip keamanan, rundingan dan tanpa keganasan sebagai landasan penyelesaian konflik di rantau ini.

Kita semua adalah Bani Adam tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit, dimana semuanya berhak untuk hidup aman dan sejahtera, berkasih sayang dan sama-sama membina dunia yang lebih baik terutama untuk generasi akan datang.

 

Back To Top