skip to Main Content
KUNJUNGAN MESRA AIDIL FITRI KE RUMAH DR NORHISHAM DI LEEDS, UK

KUNJUNGAN MESRA AIDIL FITRI KE RUMAH DR NORHISHAM DI LEEDS, UK

Pada 30 Jun 2017 delegasi HaRUM berkesempatan menziarahi Dr. Norhisham bin Yusof, pegawai Kementerian Luar Malaysia yang menetap di Leeds. Beliau pernah bertugas di Indonesia, Filipina, Oman dan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, justeru memiliki pengalaman amat luas terhadap isu-isu serantau dan geopolitik dunia. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian PhDnya di Leeds University, UK.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Abang long Hisham banyak berkongsi pengalaman, nasihat dan maklumat yang sangat berguna buat HaRUM yang mula melangkah ke persada dunia.

Selaku pegawai kerajaan yang terlibat langsung dengan hubungan antarabangsa, Abang long Hisham menyatakan rasa kagumnya dengan peranan HaRUM selaku NGO yang dapat bekerjasama dan membantu agensi kerajaan khasnya dalam membina kestabilan & keamanan serantau.

Beliau turut berharap agar pelbagai pihak dapat bersama dengan HaRUM dalam agenda pembangunan insan, penyelesaian konflik kemanusiaan, serta membawa kesejahteraan (Salaman) pada semua umat manusia khasnya di rantau Nusantara ini.

Back To Top