Mesyuarat Tahunan HaRUM 2024
Alhamdulillah semalam bertempat di pejabat HaRUM, Subang Bestari telah berlangsung sesi Mesyuarat Tahunan HaRUM & pembentangan program sepanjang tahun 2024. Majlis dihadiri sekitar 20 orang ahli jawatankuasa termasuk ahli yang baru.
Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat & Doa seterusnya kata-kata aluan & amanat daripada Tuan Sayed Khairul Mizan selaku Presiden HaRuM.
Sesi pembentangan program bagi tahun 2024 dibentang kan oleh Sdr Faizul Fazrin, kali ini ahli-ahli yang hadir bersama menyumbang idea dan pandangan bagi tambah baik daripada segi program mahupun pengurusan HaRUM.
Semoga apa yang dirancangkan pada tahun 2024 ini dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih atas doa & sokongan anda yang berterusan kepada HaRUM.