skip to Main Content
MISI MARAWI: ILLEGAN CITY (HARI KE-2)

MISI MARAWI: ILLEGAN CITY (HARI KE-2)

Pada jam 9 pagi, kami bersama dengan sukarelawan dari Ngo yang lain telah dibawa ke Pejabat Mayor Illegan City.
Kami diminta mendaftar dipejabat Datuk Bandar untuk mendapatkan pas kebenaran masuk ke tempat-tempat  tinggal sementara penduduk Marawi. Ia adalah bertujuan untuk langkah-langkah keselamatan dan mengelakkan daripada kami dihalang oleh pihak military masuk ke sana.

Selepas diberi pas masuk, kami telah dibawa ke beberapa tempat untuk proses pengagihan barang-barang sumbangan. Sebanyak 6 tempat yang kami pergi iaitu Iliganon, Purok Coca Cola, Purok San Antonio, Purok Kalayaan, Tambakan (Alawi) dan Tibanga, dimana jumlah keseluruhan keluarga yang telah kami jumpa dan menyampai sumbangan adalah sebanyak lebih 500 keluarga

Alhamdulillah, hanya Allah sahaja yang tahu perasan kami semua ketika menyampaikan sumbangan pada mangsa-mangsa krisis diMarawi. Melihat mereka begitu gembira dan terharu apabila adanya NGO luar negara sanggup datang dan menghulurkan bantuan pada mereka. Ada sebilangan keluarga juga menyatakan mereka tidak mengharapkan apa-apa pun daripada kami kerana cukuplah kehadiran kami ini membuat mereka rasa tenang dan mengurangkan bebanan serta tekanan yang mereka hadapi. Ada juga yang terkejut apabila mengetahui yang kami ini daripada Malaysia kerana ramai orang luar yang takut datang kesini kerana faktor keselamatan hatta masyarakat filipina sendiri pun tidak berani untuk kesini .

Rata-rata kami melihat mereka hidup dalam kedhaifan dan kesukaran, serba kekurangan. Mereka amat memerlukan bantuan pada kita semua memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai punca pendapatan dan pekerjaan tetap. Ada juga diantara mangsa yang bertanya adakah HaRUM menyediakan bantuan modal perniagaan kerana mereka kini merasa amat malu kerana terpaksa mengharapkan simpati dan bantuan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Insyallah esok kami akan dibawa melawat ke beberapa penempatan sementara yang lain.

Mari rakyat malaysia semua teruskan menyumbang. Bersama sama kita mengembirakan mereka.

Back To Top