skip to Main Content
MOGA CAHAYA ISLAM DIBUMI FILIPINA KEMBALI BERSINAR

MOGA CAHAYA ISLAM DIBUMI FILIPINA KEMBALI BERSINAR

Manila, nama asalnya Kota Seludong mendapat nama daripada perkataan Arab, ‘Amanillah’ ataupun ‘Fi amanillah’ yang bermaksud ‘Kota Aman Lindungan ALLAH’.

Apabila disebut Islam di Filipina, fikiran kebanyakan kita tertumpu di selatan negara itu, Mindanao, Sulu dan kepulauan sekitarnya. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum penjajahan Sepanyol, 98 peratus daripada penduduk wilayah kepulauan itu beragama Islam.

Manila, pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara. Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga hari ini.

Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya lima peratus! Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.

Satu lagi fakta sejarah yang cuba disembunyikan ialah keagungan Empayar Kesultanan Islam Sulu Darus Salam ratusan tahun dahulu. Pasca penjajahan terutamanya Sepanyol dan Amerika Syarikat, yang tinggal kini konflik berpanjangan, kemiskinan dan penderitaan, bahkan wilayah di Selatan Filipinan ini cuba dicaturkan untuk menjadi markas baru gerakan pengganas yang dikaitkan dengan Daesh.

Justeru sebarang usaha ke arah kesejahteraan rakyat, keamanan dan kedamaian tanpa keganasan wajar disokong dan didokong semua pihak demi kestabilan bukan sahaja di Filipina, bahkan kestabilan serantau.

SOURCE: https://www.facebook.com/kcmpnews.ph/photos/a.1703683216623120.1073741828.1688517934806315/1874170396241067/?type=3&theater

Back To Top