skip to Main Content
AIDILFITRI DI RUMAH PENYAYANG HANI

AIDILFITRI DI RUMAH PENYAYANG HANI

Pada 15Julai2017, HaRUM dan AcesCare salah satu agensi penasihat kewangan bersama-sama menyantuni dan meraikan warga tua di Rumah Penyayang Hani di Kajang, bersempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan, perkongsian kisah dan pengalaman setiap warga tua disana dan diikuti dengan persembahan nyanyian dari acescare sambil menikmati juadah raya bersama sama mereka.

Terukir senyuman di setiap raut wajah mereka akan kehadiran kami yang meraikan Aidilfitri bersama mereka. Dalam kita bergembira meraikan aidilfitri bersama keluarga tercinta tetapi masih ada yang bersedih kerana tiada keluarga untuk diraikan bersama.

Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan barang keperluan dan juga duit raya kepada setiap warga disana.

Harapan kami supaya majlis majlis seperti ini dapat diakan pada setiap masa tidak kira sama ada waktu perayaan ataupun tidak. Seiring dengan  objektif harum iaitu menganjurkan sebarang aktiviti bagi menyuburkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan dalam kalangan ahli dan masyarakat.

Semoga kita berjumpa lagi.

Back To Top