Salam Cinta Damai
Alhamdulillah,
Misi Korban Kasih Harum- Selatan Filipina telah selesai dengan jayanya.
Terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada HaRUM untuk kami menjadi pemudah cara untuk Ibadah Korban kalian. Untuk makluman semua, sebanyak 53 ekor lembu telah dikorbankan untuk Wilayah selatan Filipina yang meliputi:
1- Sulu , 10 ekor (dilaksanakan pada hari raya pertama: 1/9/2017)
2- Tawi-Tawi, 5 ekor (dilaksanakan pada hari raya kedua: 2/9/2017)
3- Marawi, 38 ekor (dilaksanakan pada hari raya keempat: 4/9/2017)
Korban di selatan Filipina ini termasuklah kos memasak, ini dek kerana kekangan kewangan mereka untuk menyediakan bahan asas untuk memasak. Tiadalah perkataan lain yang dapat mereka ungkapkan pada kita semua rakyat Malaysia melainkan ucapan terima kasih kerana membantu dan menggembirakan mereka di hari raya. Kami yang turut bersama ini turut merasa sayu melihat kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka meskipun dalam keadaan yang serba kedhaifan.
Kami juga mendapat kerjasama langsung dengan NGO Tempatan disana iaitu NGO MINSUPALA dengan bantuan beberapa Ngo Non Muslim yang lain. Indahnya di sana, Muslim dan Non Muslim berganding bahu, bersatu untuk menjayakan Misi Korban ini samada dari sudut pengagihan dan proses menyediakan juadah. Muslim dan Non Muslim ibarat satu keluarga, tiadalah permasalahan dan kami saling menghormati antara satu dan yang lain.
Di sana juga, HaRUM mendapat perhatian khusus daripada agensi kerajaan – DSWD. (yang menguruskan penempatan sementara mangsa-mangsa krisis) . Pihak mereka memaklumkan bahawa HaRUM adalah NGO Luar Negara yang pertama sampai memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa krisis. Tiadalah mampu untuk kami ke Marawi jika tanpa sokongan dan iringan doa semua. Kami bertujuh hanyalah wakil kepada seluruh rakyat Malaysia yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak dalam misi Korban Kasih Selatan Filipina ini.
Terima kasih kerana terus menyokong kami.
#harumcare
#tulungmarawinow