skip to Main Content
Sambutan Ambang Ramadan

Sambutan Ambang Ramadan

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟 (𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐑𝐔𝐌 𝐱 𝐌𝐊𝐔𝟓)

Syukur Alhamdulillah pada hari Ahad 12Mac2024 baru-baru ini HaRUM & MKU5 telah menganjurkan Majlis Selawat dan Maulid sempena Sambutan Ambang Ramadhan bertempat di pejabat HaRUM Subang Bestari. Lebih 80 orang tetamu yang hadir terdiri daripada 20 keluarga penerima Bantuan Bakul Ramadhan, komuniti U5 dan beberapa keluarga asnaf yang menerima bantuan Back to School tempoh hari.

Setiap tetamu yang hadir dihadiahkan dengan Tatacara Rumah Cahaya beserta booklet Maulid. Anak-anak kecil pula diberi goodies untuk meraikan mereka.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan wakil HaRUM, Saudara Razif yang berkongsi tentang amalan melazimkan selawat di dalam kehidupan seharian dan mengajak tetamu menghidupkan Rumah Cahaya di rumah masing-masing. Kemudian diterangkan secara mudah perlaksanaan tatacara Rumah Cahaya untuk diamalkan dirumah masing-masing. Turut ditekankan tentang kepentingan mencapai tauhid yang benar yang akan membuahkan akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW yang pastinya membawa kesejahteraan dalam setiap aspek kehidupan.

Majlis diteruskan dengan bacaan Selawat Jibril & zikir mengikut kaifiat Tatacara Rumah Cahaya serta doa munajat dan terus disambung dengan alunan beberapa buah qasidah. Setelah selesai majlis selawat dan maulid, kami terus menyampaikan sumbangan Bakul Ramadhan yang menyediakan makanan keperluan asas kepada 20 buah keluarga asnaf dan majlis ditutup dengan jamuan kesyukuran bagi meraikan seluruh tetamu yang hadir sempena menyambut ramadhan.

Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan pada setiap aktiviti dan program yang dijalankan.

Back To Top